Fadhlina Buat Laporan Polis, Nafi Fitnah Dikaitkan Dengan Pengetua SMKA

FADHLINA SIDEK

KUALA LUMPUR: 10 September 2025 – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan penyebaran fitnah yang mengaitkan dirinya dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Sabah.

Menurut beliau, fitnah itu bukan sahaja mengaitkan namanya, malah turut membabitkan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia, sekali gus menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Fadhlina menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan tidak berasas itu.

Sebelum ini, pengetua SMKA Tun Datu Mustapha bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden sekolah berkenaan telah ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sementara menunggu siasatan polis berhubung kes kematian pelajar, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, selesai.

Fadhlina turut mengingatkan semua pihak agar menghormati keluarga Allahyarham dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan, sebaliknya memberi ruang kepada proses undang-undang untuk berjalan dengan adil.

Sumber: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal