Eylia Lancar Single Terbaharu “Dia Lebih Tahu”

photo 2026 01 08 22 27 59

KOTA KINABALU: 8 Januari 2026 – Penyanyi muda, Eylia Guntabid, muncul dengan single terbaharu berjudul Dia Lebih Tahu, hasil kolaborasi bersama komposer terkenal Datuk Mokhzani dan penulis lirik Rafiza Rahman, yang mengetengahkan mesej mengenai ketentuan Tuhan dan realiti kehidupan.

“Lagu ini membawa mesej mendalam penyerahan diri kepada takdir bahawa walaupun kita sering impikan sesuatu, Tuhan mempunyai rancangan yang lebih baik,” jelas Eylia.

Katanya, proses penghasilan lagu berjalan lancar dengan perbincangan kreatif antara beliau dan dua figura berpengalaman itu.

photo 2026 01 08 22 28 08

Beliau diberikan kebebasan untuk mengolah gaya nyanyiannya sendiri, menjadikan sesi rakaman lebih santai.

Eylia mengakui cabaran dalam penyampaian lagu, terutama menyeimbangkan teknik vokal dengan emosi mendalam.

“Rakaman ini dibuat pada waktu pagi, agak mencabar kerana bukan kebiasaan saya, tetapi komposer akhirnya berpuas hati juga,” katanya.

Berbanding lagu-lagu sebelumnya yang lebih berunsur pop dan identiti Sabahan, lagu “Dia Lebih Tahu” tampil lebih matang melalui kekayaan melodi dan makna lirik yang lebih mendalam.

Eylia menyifatkan peluang bekerjasama dengan pemuzik berpengalaman sebagai satu langkah penting dalam perkembangan kerjaya seninya.

“Saya berharap lagu ini diterima dengan baik oleh pendengar dan mendapat perhatian luas dalam industri muzik tempatan,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal