e-Reporting Permudah Masyarakat Penampang Buat Laporan Polis

PENAMPANG: 20 September 2025 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menegaskan komitmen mereka memperkukuh perkhidmatan kepada masyarakat dengan menggalakkan penggunaan sistem e-Reporting Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Platform digital itu membolehkan orang ramai membuat laporan polis secara atas talian tanpa perlu hadir ke balai, sekali gus menjimatkan masa dan mengurangkan kesesakan, khususnya ketika berdepan bencana seperti banjir atau tanah runtuh.

Antara laporan yang boleh dibuat melalui e-Reporting termasuk kehilangan dokumen pengenalan diri, kerosakan harta benda akibat bencana, serta beberapa kategori lain yang tidak melibatkan jenayah serius.

Menurut kenyataan IPD Penampang bertarikh 19 September 2025, inisiatif ini selari dengan usaha PDRM meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta memberi kemudahan kepada masyarakat yang kini semakin bergantung kepada akses digital.

Polis turut menyeru orang ramai agar menggunakan kemudahan tersebut secara optimum, di samping terus bekerjasama dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman daerah. Slogan “Rumah kita, kita jaga. Daerah kita, kita lindungi bersama” menjadi asas hubungan erat antara pasukan keselamatan dan komuniti setempat.

Orang awam boleh mengakses sistem ini menerusi portal rasmi PDRM di pautan https://ereporting.rmp.gov.my.

Sumber: Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal