DUN Sabah Lulus RUU Perbekalan Tambahan RM1.61 Bilion

DUN Sabah 3 2

KOTA KINABALU: 22 Julai 2026 – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2026 berjumlah RM1.61 bilion pada Selasa.

RUU yang dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, ini diluluskan di hadapan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar, selepas dibahaskan oleh 42 Ahli DUN.

Peruntukan tambahan ini terbahagi kepada enam kategori utama: Caruman Kepada Kumpulan Wang Berkanun: RM856 juta;  Perbelanjaan Operasi: RM278 juta; Perbelanjaan Pelaburan: RM210 juta; Perbelanjaan Pentadbiran: RM162 juta; Pemberian Dalam Negeri: RM93 juta; dan, Peruntukan Khas: RM13 juta.

Dalam sesi perbahasan, ADUN Merotai, Sarifuddin Hata, menyaran agar kerajaan negeri menyediakan anggaran belanjawan tahunan yang lebih realistik pada masa depan. Beliau menyambut baik peruntukan terbesar sebanyak RM233.7 juta kepada Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah, terutamanya untuk projek bekalan air yang masih menjadi isu utama di seluruh negeri. Bagaimanapun, beliau mempersoalkan pertambahan peruntukan pelaburan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menerusi ekuiti sebanyak RM210 juta.

Sementara itu, ADUN Kapayan, Datuk Chin Tek Ming, mempersoalkan status sebenar peruntukan RM1.5 bilion Pemberian Khas Interim yang diumumkan Perdana Menteri serta menjelaskan keperluan kerajaan negeri memberikan penjelasan lengkap mengenai cadangan tambahan peruntukan RM1.6126 bilion ini.

Persidangan DUN akan bersambung hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal