Dua Wanita Ditahan Bersama Syabu

LAHAD DATU: 21 Disember 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu menahan dua wanita dan merampas dadah disyaki jenis syabu dalam satu operasi berkaitan penyalahgunaan dadah di Jalan Dam, Lahad Datu pada jumaat.

Tangkapan dilakukan kira-kira jam 11.00 pagi hasil maklumat awam berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan tersebut.

Hasil pemeriksaan ke atas seorang suspek wanita tempatan berusia 42 tahun, polis menemui dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam sebuah kotak rokok.

Pemeriksaan lanjut ke atas seorang lagi suspek wanita warga asing berusia 52 tahun bagaimanapun tidak menemui sebarang barang salah.

Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek didapati positif amphetamine dan methamphetamine.

Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut .

Sumber: Polis Daerah Lahad Datu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal