Dua Maut Dalam Nahas Van dan Motosikal di Jalan UMS

photo 2026 01 20 10 47 34

KOTA KINABALU: 20 Januari 2026 – Dua individu maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah van dalam kejadian di Jalan UMS, Kebagu, malam tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Bin Syed Ab Rahman, kemalangan berlaku sekitar jam 7.10 malam apabila van jenis KIA dari arah Kampung Numbak menuju ke One Borneo bertembung dengan motosikal Honda Vario 125 yang datang dari arah bertentangan.

Beliau berkata, penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth II. Pemandu van bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

photo 2026 01 20 10 47 31
Sumber: Polis Daerah Kota Kinabalu

“Van hanya mengalami kerosakan di bahagian hadapan, manakala motosikal mengalami kerosakan teruk. Tiada pihak disyaki berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah, namun sampel darah telah diambil untuk analisis toksikologi,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Polis Daerah Kota Kinabalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal