Dua lelaki warga asing bersama syabu ditahan

photo 6059886615288548850 y

LAHAD DATU: 4 Februari 2026 – Dua lelaki warga asing bersama syabu ditahan Polis Daerah Lahad Datu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) dalam Operasi Tapis yang dijalankan Kampung Merabung, Jalan Lahad Datu, Tungku, kelmarin.

Tangkapan polis pertama pada tengah malam berjaya menahan lelaki berumur 39 tahun di sebuah rumah tidak bernombor dan menemukan jenis syabu seberat 0.11 gram bersama peralatan yang berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Tangkapan kedua dilakukan pada waktu pagi apabila seorang lelaki berumur 43 tahun ditahan di kawasan beranda rumah pada lokasi sama, dan hasil pemeriksaan menemui dadah jenis syabu seberat 0.26 gram bersama peralatan yang digunakan untuk pengambilan dadah.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif Methamphetamine, Amphetamine dan Ketamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Polis Daerah Lahad Datu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal