Dua Lelaki Ditahan Positif Syabu di Sandakan

photo 2026 01 07 19 52 06

SANDAKAN: 6 Januari 2026 – Polis menahan dua lelaki warganegara tempatan dalam operasi membanteras dadah di Taman Sibuga dan Kg Sungai Batang, Batu 10, Selasa kira-kira jam 7 malam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman, berkata seorang lelaki ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seorang lagi disyaki penagih dan ditahan untuk ujian saringan awal air kencing di pejabat BSJND IPD Sandakan.

photo 2026 01 07 19 52 12

Menurut beliau, hasil ujian mendapati kedua-dua suspek positif Amphetamine dan Methamphetamine (syabu).

Mereka kini ditahan di lokap IPD Sandakan bagi siasatan lanjut.

Sumber: Polis Daerah Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal