LAHAD DATU: 2 Januari 2026 — Polis menahan dua lelaki dalam dua tangkapan berasingan berkaitan kes dadah disyaki jenis syabu menerusi Op Tapis yang dijalankan di sekitar daerah Lahad Datu pada khamis.
Dalam tangkapan pertama di kawasan Reno Fajar, lelaki warga asing berumur 36 tahun ditahan dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan mendapati suspek memiliki dadah disyaki syabu seberat 9.20 gram yang disorokkan di dalam sebuah sampul surat.
Suspek ditahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti bekalan dadah serta Seksyen 15(1)(a) akta sama.
Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah.
Dalam tangkapan kedua, polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun dan mendapati suspek memiliki dadah disyaki syabu seberat 0.85 gram bersama peralatan penyalahgunaan dadah.
Suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama selepas didapati positif dadah menerusi ujian saringan awal.
Kedua-dua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk siasatan lanjut.
Sumber: Polis Daerah Lahad Datu
