Dua lelaki ditahan bersama syabu dan vape mushroom

photo 6082338097266888013 y

LAHAD DATU: 11 Februari 2026 – Polis Daerah Lahad Datu menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) berjaya menahan dua lelaki tempatan dalam dua kes berasingan serta merampas dadah disyaki syabu dan bahan terlarang pada Selasa.

Dalam kes pertama, seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditahan di kawasan Kampung Puyut dan pemeriksaan ke atas suspek menemukan tiga (3) paket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan berat keseluruhan 5.14 gram.

Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan polis mendapati suspek positif dadah. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan di hadapan sebuah hotel di Jalan Panji dan mendapati suspek memiliki sepuluh (10) botol cecair rokok elektronik (vape) yang disyaki mengandungi bahan terlarang jenis mushroom.

Nilai anggaran rampasan dianggarkan sebanyak RM700.00 dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan polis akan membuat permohonan reman terhadap mereka.

Sumber: Polis Daerah Lahad Datu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal