LAHAD DATU: 09 Disember 2025 — Dua lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM6,271.10 dalam satu operasi Op Tapis yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Lahad Datu di kawasan Ladang Waris Selesa, Jalan Lahad Datu sabtu lalu.
Serbuan tersebut dilakukan di sebuah pondok pot pengedaran dadah dan berjaya diberkas oleh anggota Narkotik.
6 bungkusan plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki syabu seberat 57.01 gram, satu alat menghisap yang diubah suai, serta sebilah gunting yang disimpan dalam sebuah beg silang hitam ditemui pada suspek pertama.
Pemeriksaan ke atas suspek kedua tidak menemukan barang terlarang, namun ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
Sebuah motosikal Yamaha LC135 turut disita untuk siasatan lanjut.
Kedua-dua suspek berusia 25 dan 36 tahun, tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan bekerja sebagai buruh.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan jika disabitkan kesalahan.
Sumber: Polis Daerah Lahad Datu
