DIORAMA: Rizky Febian Live di Sabah

89A9A8C7 289F 40CD B009 2D0230F92ADE B1464569 1B11 4BB3 9342 64A4B27DFE46

KOTA KINABALU: Konsert DIORAMA menampilkan Rizky Febian bersama Mahalini Raharja dan Anggi Marito dari Indonesia di Sabah International Convention Centre (SICC). Kehadiran tiga penghibur itu menjadi tarikan utama konsert anjuran REMORPH dengan penganjur bersama Chunk N Dunk.

Konsert berlangsung pada 5 Disember, bermula jam 8.30 malam. Sebagai jemputan khas, empat artis Sabah iaitu Elica Paujin, Reynald Guntabid, Gretchene Quirin dan kumpulan SMDX turut tampil memeriahkan persembahan.

Rizky Febian yang meraih pelbagai pengiktirafan sepanjang sedekad pembabitannya dalam industri muzik akan membawakan rangkaian lagu popular. Antaranya Kesempurnaan Cinta, Hingga Tua Bersama, Penantian Berharga, Cuek, Alamak dan Bermuara dalam persembahan audio visual imersif bertemakan “Malam Rawan”.

Beliau meraih beberapa trofi Anugerah Musik Indonesia (AMI) Awards dan gelaran Best Asian Artist Indonesia di Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2020.

Mahalini Raharja memenangi kategori Album Pop Terbaik di AMI Awards 2023 menerusi album Fábula. Lagu Sial melepasi 500 juta strim di Spotify, manakala Sisa Rasa mendapat sambutan peminat muzik serantau.

Anggi Marito pula menarik perhatian peminat muzik Malaysia dan Indonesia menerusi lagu balada Tak Segampang Itu yang menduduki kedudukan teratas carta penstriman di kedua-dua negara. Pencapaian itu mengiringi pengiktirafannya sebagai Breakthrough Artist of the Year di Indonesian Music Awards 2023.

Sebagai artis jemputan Sabah, Elica Paujin dari Tambunan meneruskan perjalanan seninya selepas mara sebagai finalis kategori Asian Folk di InterContinental Music Awards (ICMA) 2026 menerusi lagu Oh Huminodun yang mengangkat legenda warisan masyarakat Kadazandusun.

Reynald Guntabid pula mencatat pencapaian di peringkat kebangsaan melalui lagu Lumangad Oku Dika, yang mengetengahkan bahasa Kadazandusun meraih tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL 40).

Gretchene Quirin yang memulakan perjalanan seni menerusi pertandingan nyanyian tradisional tempatan kini mengembangkan kerjaya muziknya menerusi karya pop balada Aku Bodoh, hasil sentuhan komposer Indonesia.

SMDX mengetengahkan muzik moden beridentitikan Sabah menerusi lagu Original Sabahan.

Konsert di Kota Kinabalu ini merupakan sebahagian dari siri jelajah Malaysia Rizky Febian selepas persembahannya di Zepp Kuala Lumpur pada 29 November.

Tiket boleh didapati secara dalam talian menerusi platform Ticket2U dan Trip.com. Harga tiket RM188 untuk Cat 3 Standing, RM288 (Cat 2 Standing), RM588 (Cat 1) dan RM788 untuk Chunk & Dunk Zone.

746964a4 855d 427e a8a7 746987eb6b76 1
d2945f05 11fb 40ee b7a0 68f54d8d06a0

https://www.ticket2u.com.my/event/51768/diorama-by-rizky-febian-live-in-sabah

Bagi empat artis Sabah itu, konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi langkah seterusnya membawa suara Sabah ke pentas Nusantara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal