KOTA KINABALU: 15 Januari 2026 – Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Ewon Benedict, dilantik sebagai Pengerusi K.K.I.P. Sdn. Bhd., syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab dalam pembangunan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP).
Perlantikan itu disahkan melalui Facebook rasmi K.K.I.P. Sdn. Bhd. yang mengharapkan kepimpinan Ewon dapat membawa pertumbuhan berterusan, kelestarian dan sumbangan yang lebih besar, termasuk menarik lebih pelabur untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan ekosistem yang lebih mampan, sesuai dengan pengalamannya yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah.
