KOTA KINABALU: 27 Januari 2026 – Dashboard MA63 atau papan pemuka digital baharu yang menjejak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dilancarkan pada 28 Januari di Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.
Menurut kenyataannya yang dimuat naik di Facebook pada Isnin, 26 Januari, dashboard tersebut boleh diakses melalui portal rasmi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS, JPM) yang menawarkan platform sehenti untuk kemas kini, garis masa dan laporan perkembangan selepas pelancaran.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Fadillah Yusof telah dijadualkan sebagai perasmi.
“Rakyat Malaysia boleh mengakses maklumat yang sahih berkaitan 29 tuntutan utama MA63 tanpa dipengaruhi bias politik dan ketidakpastian maklumat. Dashboard MA63 ini bakal boleh di akses melalui portal rasmi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS, JPM),” kata hantaran itu.
