Cuti Tambahan Aidilfitri – PM

CM PM 150326 scaled

KOTA KINABALU: 15 Mac 2026 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian cuti tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, tanpa mengira sama ada 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat atau Sabtu.

Pengumuman tersebut dibuat semasa berucap pada sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026 di sini pada Ahad. Beliau menjelaskan, cuti tambahan akan diberikan pada hari Isnin sekiranya Hari Raya disambut pada hari Jumaat. Sebaliknya, jika 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu, cuti tambahan akan diberikan pada hari Jumaat.

“Dalam tradisi kita, kita tahu akan sampai akhirnya Hari Raya, Jumaat atau Sabtu. Tapi jangan bimbang kerana kita berikan cuti tambahan Hari Raya, kita beri cuti kerana kita anggap semua orang dah kerja kuat,” ujarnya.

Perdana Menteri turut bergurau mengenai mekanisme cuti tersebut, dengan menyatakan mereka yang inginkan cuti panjang pada hari Isnin boleh “berdoa” agar Hari Raya jatuh pada hari Sabtu.

Menurut beliau, pengumuman awal ini dibuat bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan lebih baik untuk pulang ke kampung halaman dan meraikan perayaan bersama keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal