Cuti Tambahan 15 September Hadiah Hari Malaysia

PUTRAJAYA: 23 Julai 2025 – Kerajaan mengisytiharkan 15 September 2025 (Isnin) sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Sambutan Hari Malaysia, sebagai tanda penghargaan terhadap perpaduan rakyat serta memperingati keistimewaan pembentukan negara bangsa ini.

Langkah ini bertujuan memperkukuh nilai kebersamaan dan semangat Malaysia sebagai sebuah Persekutuan yang dibina atas asas muafakat antara negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak 1963.

Selain mengiktiraf makna sejarah di sebalik Hari Malaysia, cuti umum tambahan ini juga memberi peluang kepada rakyat untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan, sama ada dengan pulang ke kampung halaman atau meluangkan masa bercuti dalam negara, seterusnya menyokong industri pelancongan tempatan.

Keputusan kerajaan ini mencerminkan komitmen dalam menggalakkan perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keharmonian, kasih sayang, dan nilai insaniah sebagai tunjang kemajuan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal