Tawau, 6 Julai 2025 – Seorang lelaki berumur 31 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian 10 botol minyak wangi berjenama Enchanteur di sebuah premis perniagaan di daerah ini.
Tangkapan dilakukan hasil risikan dan intipan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau. Suspek diberkas di kawasan Jalan Apas, Tawau, dan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.
Kecurian tersebut melibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM328.00 dan dilaporkan berlaku di sebuah cawangan kedai Guardian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Sumber, Kenyataan Media