Cubaan Seludup Minyak Bersubsidi Gagal

IMG 3864

PITAS: 8 Januari 2026 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minyak bersubsidi selepas menumpaskan aktiviti pemindahan bahan api secara haram di kawasan Bengkoka, Pitas.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Jaffri Bidin, operasi digerakkan susulan maklumat risikan yang mengesan sebuah lori tangki mencurigakan. Lori itu kemudian diekori sehingga pemandunya dikesan memindahkan petrol ke kapal B Trade 1.

photo 2026 01 09 16 29 22

Katanya, pemeriksaan terhadap lori berkenaan menemukan 13,900 liter petrol, manakala pemeriksaan di atas kapal mendapati empat kru berada di dalamnya, termasuk seorang juragan tempatan dan tiga warga asing tanpa dokumen sah.

Kapal itu turut membawa anggaran 80,000 liter petrol dan 1,350 liter diesel, dipercayai untuk tujuan penyeludupan.

Beliau berkata semua individu terlibat gagal mengemukakan sebarang kebenaran aktiviti bunkering dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Tambahnya, dua individu bersama barang rampasan kemudiannya diserahkan kepada KPDN, manakala tiga warga asing tanpa dokumen dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal