Cubaan seludup 24 batang kayu disyaki hasil curi digagalkan

IMG 0497

LAHAD DATU: 26 Februari 2026 – Cubaan menyeludup keluar 24 batang kayu yang disyaki hasil curi berjaya digagalkan selepas dua bot ditahan dalam operasi penguatkuasaan di perairan daerah Lahad Datu, malam tadi.

Menurut Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Dzulfikhar Ali, sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu mengesan dua bot kayu tanpa nombor pendaftaran pada jarak 0.5 batu nautika tenggara muara Sungai Sepagaya kira-kira jam 10 malam ketika rondaan Op Pluto Timur 2/2013 dan Op Tiris 3.0

photo 2026 02 26 17 08 48

Katanya, kedua-dua bot berwarna merah jambu dan hijau itu cuba melarikan diri dengan memecut ke kawasan paya bakau sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun berjaya dipintas.

Pemeriksaan lanjut menemukan empat batang kayu bakau dan 20 batang kayu potong di dalam bot berkenaan. Kesemua kayu itu dipercayai dibawa tanpa permit sah dan disyaki diperoleh melalui kegiatan mencuri hasil hutan.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk dua bot dianggarkan mencecah RM8,000 dan semua barang rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Enakmen Hutan 1968 kerana membawa hasil hutan tanpa kebenaran serta Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki dan membawa barangan curi.

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal