KOTA KINABALU: 9 Mac 2026 – Orang ramai berpeluang menikmati 1,000 croffles percuma sempena acara Chunk & Dunk Global Premiere yang bakal berlangsung pada 22 Mac 2026 di Main Atrium, Suria Sabah, bermula jam 12 tengah hari.

Pengasas Chunk & Dunk, Adam Shamil berkata, acara ini bukan sahaja merupakan pelancaran bertaraf antarabangsa, malah menandakan kejayaan sebuah jenama tempatan dari Sabah menembusi pasaran global.
Majlis tersebut merangkumi sesi menandatangani perjanjian rasmi antara rakan kongsi Malaysia dan Filipina sebagai langkah akhir kemasukan jenama itu ke pasaran Filipina.
Beliau berkata, majlis berkenaan dijangka menarik kehadiran antara 1,500 hingga 2,500 pengunjung, termasuk delegasi dari Filipina dan masyarakat umum.

Acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh Stacy Anam, Akim Ahmad, artis Malaysia-Filipina Yazmin Aziz, dan artis tempatan Elica Paujin dan Dabra Sia.
Acara ini juga dikuasai oleh syarikat telekomunikasi CelcomDigi.
Selain itu, TV Sabah akan menyiarkan majlis berkenaan secara langsung, manakala stesen radio tempatan Kupi-Kupi FM turut memberikan sokongan bagi mempromosikan acara tersebut.
Orang ramai dialu-alukan hadir bagi menyaksikan detik bersejarah ini sambil menikmati hidangan croffles percuma sepanjang acara.
