Chunk & Dunk Buka Cawangan Pertama di Filipina April Ini

IMG 5893

Credit Gambar : My kkcity – Omar Willie

KOTA KINABALU: 22 Mac 2026 – Impian seorang usahawan muda Sabah kini melangkaui sempadan negara apabila Chunk & Dunk secara rasmi menembusi ke pasaran Filipina di Eastwood Mall, Quezon City, yang akan mula beroperasi pada 5 April 2026.

photo 2026 03 23 12 49 42
Sesi menandatangani Pejanjian Awam antara rakan kongsi Malaysia dan Filipina

Peristiwa bersejarah itu dimeterai menerusi Majlis Menandatangani Perjanjian Awam antara rakan kongsi Malaysia dan Filipina yang berlangsung di ruang legar utama Suria Sabah, hari ini, dengan kehadiran lebih 2,000 pengunjung yang memeriahkan acara tersebut.

photo 2026 03 23 12 44 50
Pengasas Chunk & Dunk: Adam Shamil

Pengasas Chunk & Dunk, Adam Shamil, berkata pembukaan cawangan ketujuh itu merupakan langkah awal dalam usaha membawa jenama berkenaan menembusi pasaran global.

“Ini bukti bahawa jenama dari Sabah mampu pergi lebih jauh dan bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya ketika berucap pada pelancaran global Chunk & Dunk di Suria Sabah Shopping Mall, kelmarin.

Dalam tempoh 23 bulan, Chunk & Dunk telah berkembang kepada enam cawangan, termasuk satu di Kuching, Sarawak, dan bakal membuka cawangan kelapan terbesar di Gaya Street, Kota Kinabalu pada Julai depan.

Adam turut mengumumkan pelancaran aplikasi mudah alih pertama syarikat itu bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan tanpa perlu beratur.

photo 2026 03 23 12 34 49
Pengunjung yang datang menyaksikan acara berkenaan di Main Atrium, Suria Sabah Shopping Mall

Selain itu, Chunk & Dunk juga akan memperkenalkan produk minuman dalam botol hasil kerjasama dengan Life Water Berhad serta memperluas menu dengan penambahan makanan panas seperti burger, spageti dan ayam goreng bermula April ini.

Adam turut merancang untuk menembusi pasaran Semenanjung Malaysia sebagai sebahagian daripada strategi memperkukuh jenama di peringkat nasional.

“Matlamat kami bukan sahaja untuk berkembang ke luar negara, tetapi juga menghubungkan Sabah dan Semenanjung Malaysia,” katanya.

Acara berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal seperti Stacy Anam, Akim Ahmad, Yazmin Aziz, Elica Paujin dan Dabra Sia.

Kejayaan tersebut bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Chunk & Dunk di persada antarabangsa, malah menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan muda Sabah untuk berani melangkah keluar, mengubah impian menjadi realiti dan bersaing di peringkat global.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal