Christine Joan Charles Miss Native Borneo Musim Ke-3

photo 6161056210623335331 y

KOTA KINABALU: 2 November 2025 – Christine Joan Charles dari Papar, Sabah, mencipta sejarah sebagai wanita pertama dari Sabah memenangi Miss Native Borneo Season ke-3, menyaksikan kejayaan gemilang penampilan keempat dalam pertandingan ratu cantik.

photo 6161056210623335328 y

Di bawah pengurusan MTM, Christine tampil menawan dengan solekan dan gaya rambut sentuhan profesional CarlosdStudio, pakaian tradisi Carlsten Karlz, dan busana urban oleh Bobby Brian Garon, menjadikan penampilan beliau lengkap dan memukau.

photo 6161056210623335327 y

Christine telah tiga kali menyertai pertandingan Unduk Ngadau tetapi atas berkat dedikasi dan ketekunan akhirnya membuahkan hasil pada penampilan keempat di platform ini.

Lebih daripada sekadar meraih gelaran, Christine membawa misi mendalam untuk menyebarkan advokadi beliau kepada generasi muda, sejak di bangku sekolah.

photo 6161056210623335329 y

Beliau bercadang untuk menggalakkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti seni melalui projek kreatif, termasuk menghasilkan karya seni bersama murid-murid, serta menggunakan platform page Tineradius untuk menyebarkan mesej dan inisiatifnya kepada masyarakat lebih luas.

Pertandingan tersebut berlangsung di bawah naungan Leon Dison dan dianjurkan oleh Anavau Event bersama Pertubuhan Peragaan Seni Native Borneo Sabah (PPSNB), sekali gus memberi peluang kepada peserta mempamerkan bakat dan kreativiti mereka.

photo 6161056210623335330 y

Christine menyifatkan penyertaan beliau bukan sahaja sebagai platform peribadi, tetapi juga sebagai peluang untuk aktif dalam kerja masyarakat serta memupuk minat terhadap budaya dalam kalangan generasi muda.

photo 6161056210623335332 y

Kejayaan itu bukan sahaja memenuhi aspirasi peribadi, malah membuka ruang penting bagi Christine untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan memartabatkan budaya Sabah melalui seni serta kreativiti anak-anak muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal