CEO baharu SOGDC bertemu Ketua Menteri

KOTA KINABALU: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Minyak dan Gas Sabah (SOGDC) yang baharu, Datuk Harun Ismail membuat kunjungan kehormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu Khamis.
Harun dilantik ke jawatan baharu itu pada 15 September selepas berkhidmat selama 39 tahun dengan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC).
Beliau juga adalah Pengarah Urusan agensi tenaga itu.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari Universiti Malaya dan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SEC selama 12 tahun.
Dalam pertemuan itu dengan Ketua Menteri, Harun berbincang mengenai isu-isu minyak dan gas di negeri ini.
– Tv Sabah News
0 Comments