Calon peperiksaan STPM redah banjir ke SMK Salaping

IMG 0402

PAITAN: 22 Februari 2026 – Sembilan calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) berjaya keluar dari kawasan terjejas banjir dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Paitan bagi meneruskan perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Salaping, Kota Marudu, hari ini.

Kesemua pelajar terbabit akan menduduki peperiksaan STPM pada Isnin dan perlu kembali ke sekolah lebih awal untuk membuat persediaan.

Namun, paras air yang meningkat dan laluan utama yang ditenggelami banjir menyebabkan mereka berdepan kesukaran untuk keluar dari kediaman masing-masing.

Bertindak atas maklumat yang diterima, anggota APM Paitan yang diketuai Pegawai Pertahanan Awam Daerah Paitan, Lt (PA) Bakrin Samsudin, melaksanakan operasi pemindahan menggunakan kenderaan jabatan secara selamat dan terkawal. 

Operasi berjalan lancar hasil kerjasama dan komitmen anggota bertugas yang mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar sepanjang proses pemindahan.

Bantuan itu memastikan pelajar tidak tercicir dari sesi persekolahan dan dapat menduduki peperiksaan penting tanpa gangguan.

sumber: Info X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal