Calon BN mahu tingkat ekonomi Tawau
TAWAU: Kerusi Parlimen Kalabakan menyaksikan persaingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini. Dua daripadanya adalah calon wanita.
Calon yang bertanding bagi merebut kerusi itu adalah Dr. Nur Aini Abdul Rahman (Pejuang), Datuk Andi Mohamad Suryady Bandi (BN), Ma’mun Sulaiman ( Warisan), Muhammad Dhiauddin Hassan (Bebas), Noraini Abd Ghapur (PKR-PH).
Parlimen Kalabakan merekodkan 83,970 pemilih berdaftar.
Calon BN, Andi ketika ditemui berkata, beliau akan berjuang mengubah landskap dan ekonomi di kawasan parlimen itu yang jauh ketinggalan berbanding kawasan lain.
“Jika terpilih memenangi parlimen (Kalabakan), saya akan membawa aspirasi dan juga suara pengundi untuk memastikan Kalabakan mempunyai taraf ekonomi yang baik manakala keperluan setempat dapat,” katanya.
Andi yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata, Kalabakan perlu dibangunkan sepenuhnya sebagai persediaan menghadapi perpindahan ibu kota negara Indonesia ke Kalimantan.
“Ini merupakan satu peluang kerana Tawau terletak di sempadan dengan negara jiran. Kita kena menyediakan keperluan infrastuktur yang bai supaya dapat menyaingi negara jiran kita nanti,” katanya.
– Tv Sabah News
0 Comments