Buruh memiliki syabu diberkas

photo 6053378429870083906 y

TAWAU: 2 Februari 2026 – Seorang buruh warga tempatan diberkas polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam satu serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di sebuah penginapan di Jalan Sabindo hasil maklumat awam dan risikan pihak polis.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek menyerahkan satu paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu dengan anggaran 0.13 gram.

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah serta Seksyen 15(1)(a) akta sama bagi kesalahan penyalahgunaan dadah.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal