Bung yakin menang di Kinabatangan
Nilam Raon
SEMPORNA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pertembungan satu lawan satu di kerusi Parlimen Kinabatangan tidak akan menjejaskan peluangnya untuk mempertahan kerusi itu.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah yakin rakyat di kawasan berkenaan bijak menilai berdasarkan apa yang dilakukannya selama ini.
“Walau saya tidak ada di kawasan dan berbagai kempen dilancarkan termasuk oleh badan bukan kerajaan (Ngo) yang tidak berdaftar tetapi saya tetap yakin dengan rakyat Kinabatangan.
“Rakyat tahu menilai yang mana kaca mana permata, mana emas mana pasir. Mereka tahu dan biarlah saya tidak kisah kumpulan-kumpulan seperti nyamuk yang berkeliaran kerana rakyat pun tidak akan menyokong kenyataan mereka,” katanya kepada media selepas Majlis Bersama Calon BN DUN Bugaya di Semporna pada Isnin.
Bung yang sudah enam penggal menjadi wakil rakyat di kawasan itu yakin dengan komitmen yang dilakukannya kepada rakyat di Kinabatangan. Beliau yakin BN akan terus mempertahankan kerusi Kinabatangan.
Pada PRU15 kali ini, Bung berdepan saingan satu lawan satu dengan calon Warisan Mazliwati Abdul Malek iaitu sepupunya.
– Tv Sabah News
0 Comments