IPOH: 24 September 2025 – Seorang budak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke parit di Jalan Chenderong Balai, Labu Kubong dekat Teluk Intan.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dipercayai terjatuh ke parit sedalam dua meter dalam kejadian petang selasa.
Beliau berkata, pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat pada 12.23 tengah malam.
Penduduk kampung terlebih dahulu berusaha mencari mangsa namun gagal.
Pencarian pihak bomba dapat menemui mangsa di dasar air, kira-kira 800 meter dari lokasi dilaporkan jatuh.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat kira-kira 4.10 pagi.
Sumber: Berita Harian
