Brek kereta api gagal berfungsi

IMG 0772

TENOM: 3 Mac 2026 – Tindakan pantas beberapa penduduk kampung berjaya mengelakkan kemungkinan insiden lebih buruk apabila sebuah kereta api yang membawa guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi dilaporkan mengalami masalah brek dalam kejadian pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap (ADUN) yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar memaklumkan bahawa tindakan pantas beberapa penduduk kampung yang meletakkan troli motorsikal di landasan berjaya menghentikan keretapi tersebut.

photo 2026 03 03 22 36 53

“Saya memohon dan mengharapkan Jabatan Keretapi Negeri Sabah mengadakan siasatan penuh akan perkara ini dan mengambil langkah-langkah segera agar peristiwa ini tidak berulang lagi,” katanya.

Beliau turut memohon agar Jabatan Kerja Raya Sabah mempercepatkan pelaksanaan projek jalan raya Tenom–Pangi yang telah diluluskan pada awal tahun lalu, bagi menyediakan alternatif pengangkutan yang lebih selamat dan terjamin kepada penduduk dan warga pendidik di kawasan pedalaman.

Sumber: fb Jamawi Jaafar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal