Monday, December 23, 2024

Bekas Presiden MPS calon Beluran, Kiandee digugur

Benedict Asmat

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah menamakan bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Benedict Asmat sebagai calon bagi Parlimen Beluran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam Khamis.

Kerusi Parlimen Beluran disandang oleh Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Calon bagi Parlimen Beluran tidak diumunkan pada masa pengumunan calon calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) pada 2 November.

Dengan pengumunan ini menjadikan seramai 13 calon dari GRS dan 13 calon BN yang bertanding 25 kerusi parlimen Sabah dalam pilihan raya umum kali ini.

Bung yang juga Ketua UMNO Sabah memberitahu pertukaran calon BN bagi Parlimen Kalabakan dari penama yang diumumkan sebelum ini iaitu Aslin Fadli Samsul Alang digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Andy Muhammad Suryady Bandy untuk bertanding di Parlimen Kalabakan.Andy Muhammad Suryady juga merupakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri.


Bung berkata, Benedict, 54, yang sebelum ini Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Beluran dipilih kerana beliau adalah anak tempatan berpendidikan dan mempunyai banyak pengalaman khsusunya dalam perkhidmatan awam.

“Beliau merupakan anak tempatan Beluran berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Antropologi dan Sosiologi (kepujian) daripada Unversiti Malaya. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran di mana sebelum ini beliau merupakan seorang penjawat awam.

Benedict sebelum ini pernah menjawat Penolong Pegawai Daerah (Luar Bandar) Beluran (1991-1998), Penolong Pegawai Daerah Beluran (Pentadbiran) (1998-2010), Pegawai Daerah Telupid (2014-2019), Pegawai Daerah Semporna (2019-2020), Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (Dis 2020-Jan 2021), Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya (Jan 2021- Dis 2022) dan jawatan terakhir dalam perkhidmatan Awam sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan.

Bung berkata, pemilihan Benedict sebagai calon BN adalah pilihan yang tepat kerana beliau berpengalaman luas dalam pentadbiran awam dan anggota parti yang pernah memegang jawatan di peringkat bahagian.

“Dengan pengalaman beliau sebagai penjawat awam sebelum ini sudah tentu dapat membantunya melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat jika diberikan mandat,” katanya.

Bung berkata, Andi Muhammad Suryady merupakan seorang pemimpin muda yang berkelulusan Izajah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Unversiti Teknologi MARA (UiTM) dan tidak asing lagi bagi masyarakat Kalabakan.

“BN Sabah yakin kedua-dua calon yang berpendidikan tinggi dan profesional serta berpengalaman dalam pentadbiran awam akan mampu menggalas amanah apabila mereka dipilih kelak,” tambah Ketua UMNO Sabah itu.

– TV Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights