Bapa Rogol Anak Kandung Dijatuhi Hukuman Penjara dan Sebatan

TAWAU: 7 Ogos 2025 – Seorang bapa yang didakwa merogol anak kandungnya yang baru berusia enam tahun, sehari sebelum isterinya bersalin telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh mahkamah seksyen, hari ini.

Hakim Ahmad Faizadh Yahya membuat keputusan itu setelah tertuduh, 43, menukar pengakuan kepada bersalah semasa pertuduhan dibacakan.

Mengikut keterangan kes, insiden itu berlaku pada 12 Ogos 2014 di rumah mereka di Semporna ketika isteri tertuduh sedang menunggu waktu untuk melahirkan anak kelima di Hospital Semporna.

Siasatan mendapati tertuduh terlebih dahulu mengarahkan salah seorang anaknya membawa adik-beradik yang lain ke rumah nenek mereka untuk mangsa sendirian dirumah bersama dengan tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin, menyifatkan perbuatan tertuduh sebagai satu pengkhianatan paling hina terhadap amanah seorang bapa, selain menjijikkan dan tidak berperikemanusiaan.

Tertuduh, bapa kepada lapan anak itu, cuba meraih simpati dengan alasan telah insaf dan menyesal dengan perbuatnya, namun mahkamah tidak memandang ringan rayuan tersebut.

Selain hukuman penjara dan sebatan, pemangsa atau bapa kepada mangsa itu juga diwajibkan menjalani kaunseling serta pengawasan polis selama tiga tahun selepas dibebaskan.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Sumber: BuletineTV3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal