Banjir Belum Surut, Lebih 1,200 Penduduk Masih Berlindung di PPS Beaufort dan Tenom

photo 2026 01 08 20 08 50

KOTA KINABALU: 8 Januari 2026 – Seramai 1,224 penduduk yang terjejas akibat banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan di daerah Beaufort dan Tenom setakat pagi Khamis, berikutan keadaan banjir di kedua-dua kawasan itu yang belum menunjukkan pemulihan sepenuhnya.

Dari jumlah berkenaan, Beaufort mencatatkan seramai 661 mangsa, manakala 563 orang lagi adalah penduduk Tenom, melibatkan keseluruhan 433 keluarga yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Di Beaufort, mangsa ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan sebuah Pusat Pemindahan Kekal (PPK), sementara di Tenom pula operasi pemindahan melibatkan lima PPS yang masih aktif sehingga kini.

Sementara itu, daerah lain yang turut terkesan sebelum ini seperti Kota Belud dan Kota Kinabalu dilaporkan kembali pulih, membolehkan penduduk yang dipindahkan sebelum ini pulang secara berperingkat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan banjir kali ini menjejaskan keseluruhan 14 kampung, dengan sebahagian besar kawasan terlibat berada di Beaufort dan selebihnya di Tenom.

sumber : info x

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal