Banjir Beaufort: 42 Kampung Terjejas, 35 Terputus Hubungan

photo 2025 09 16 16 00 59

BEAUFORT: 16 September 2025 – Banjir yang melanda daerah Beaufort sejak beberapa hari lalu mengakibatkan 42 kampung terjejas, dengan 35 daripadanya dilaporkan terputus hubungan selepas paras air terus meningkat.

Kawasan paling kritikal melibatkan Jalan Bintuka-Gadong, Suasa dan Bangkalalak yang tidak lagi boleh dilalui kenderaan biasa.

Penduduk dari Kampung Suasa, Bangkalalak dan kawasan berhampiran telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sejak 9 September lalu dan masih ditempatkan di situ berikutan banjir berterusan.

Keadaan bertambah rumit apabila penduduk yang terputus hubungan kini menghadapi kekurangan bekalan makanan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) digesa mempercepatkan penghantaran bantuan ke kampung-kampung terbabit.

Banjir yang berlaku bukan sahaja berpunca dari limpahan Sungai Padas, tetapi turut dipengaruhi faktor pasang surut laut yang memperlahankan proses surut air.

Situasi ini menimbulkan kebimbangan berlakunya banjir berpanjangan.

Selain itu, keperluan menempatkan bot kecemasan turut dipertimbangkan bagi memudahkan penghantaran pesakit ke hospital memandangkan laluan darat tidak lagi selamat digunakan.

Di beberapa kawasan, hanya lori tinggi atau bot dapat digunakan untuk urusan kecemasan.

Penduduk diingatkan agar terus berwaspada memandangkan keadaan cuaca masih tidak menentu dan paras air berisiko meningkat.

Sumber: Sabah Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal