Anwar angkat sumpah perdana menteri

Anwar Angkat SUmpah e1669285557419

Anwar angkat sumpah perdana menteri

Anwar Angkat SUmpah

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, telah mengangkat sumpah perdana menteri ke-10.

Ahli Parlimen Tambun itu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, di Istana Negara.

Awal hari ini, Istana Negara berkata Agung memperkenakan Anwar sebagai perdana menteri selepas memperhalusi pandangan raja-raja pagi tadi.

Agong sebelum ini meminta PH dan Perikatan Nasional membentuk kerajaan perpaduan, tetapi Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, menolak kerana PN tidak mahu bekerjasama dengan PH.

Meskipun Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah pada awalnya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri, kedua-dua gabungan itu kemudian mengumumkan mereka akan mengikut hasrat Agong.

Semalam, Umno mengumumkan ia menyokong Barisan Nasional mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang tidak diterajui PN.

– Tv Sabah News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal