KOTA KINABALU: 9 Januari 2025 – Tan Sri Anifah Aman dilantik sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, syarikat pelaburan strategik milik kerajaan negeri, berkuat kuasa hari ini atas sokongan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.
Menerusi hantaran di Facebook, Anifah memaklumkan beliau telah melapor diri secara rasmi serta menerima taklimat awal berkaitan operasi syarikat.
Anifah berkata beliau turut diberi taklimat oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rudy Jaglul, dan diperkenalkan kepada barisan pengurusan kanan sebagai sebahagian daripada permulaan tugasnya.
