Anggota tentera hilang di Pulau Pandanan

Gambar Orang Hilang Pulau Pandanan

SEMPORNA: 16 Mac 2026 – Seorang anggota tentera dilaporkan hilang selepas gagal dikesan di pos penempatannya di Pulau Pandanan di sini sejak pagi 14 Mac lalu.

Mangsa dikenali sebagai Fredenick Anak Petrus, 21 tahun, yang bertugas sebagai anggota tentera di 6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD), Kem Ulu Tiram, Johor.

Menurut hebahan polis, kehilangan mangsa disedari sekitar jam 7 pagi ketika pemeriksaan perbarisan pagi di Pos Penempatan Pulau Pandanan dijalankan. Pemeriksaan tersebut mendapati mangsa tidak berada di lokasi berkenaan.

Perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak berkuasa oleh Mohd Azhar Sainuddin, seorang pegawai renjer tentera.

Susulan laporan tersebut, usaha pencarian telah dijalankan di sekitar kawasan pos penempatan Pulau Pandanan, namun mangsa masih belum ditemui setakat ini.

Sehubungan itu, pihak polis memohon bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa atau yang menemui individu berkenaan supaya segera menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, ASP Mohammad Ali bin Amat di talian 013-2120852 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Pihak polis turut menegaskan bahawa kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membantu mengesan mangsa dengan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal