Chunk & Dunk Dan Bella Astillah Bakal Gegarkan Imago, 3 Mei Ini

Penggemar manisan dan orang ramai dijemput untuk hadir ke majlis ulang tahun pertama Chunk & Dunk di pusat membeli belah Imago pada 3 Mei ini.

Menurut Adam, acara ini akan menjadi acara keusahawanan awam terbesar di Kota Kinabalu. Hadir bersama untuk memeriahkan acara penting Chunk & Dunk ialah Bella Astillah, seorang penyanyi, pelakon, dan model, serta mendapat julukan daripada netizen dengan gelaran BASS. Bella akan menambat hati para pengunjung dengan tiga buah lagu dalam acara berkenaan. Ulang tahun pertama ini akan dihoskan oleh bekas ratu cantik Miss World Malaysia 2010, Nadia Heng. Turut hadir untuk menghiburkan pengunjung ialah penyanyi terkenal Sabah, Dabra Sia, dan pelakon serta penyanyi tempatan, Hafiey Suffian.

Daripada sebuah idea kepada pemacu inspirasi keusahawanan di negeri Sabah, Adam memulakan Chunk & Dunk dengan memperkenalkan Croffles And Shaved Ice. Hanya dalam tempoh 9 bulan sahaja, lebih 100,000 unit produk itu berjaya dikeluarkan dengan keuntungan RM1.1juta!

Chunk & Dunk di Imago menjadi cawangan ketiga Adam yang menunjukkan prestasi memberangsangkan sejak pembukaannya. Dalam satu artikel, Adam mengakui bahawa mendapatkan ruang di lokasi strategik tersebut merupakan pencapaian besar, memandangkan pihak pengurusan pusat beli belah itu terkenal dengan syarat pemilihan vendor yang ketat. Lebih membanggakan, Chunk & Dunk merupakan satu-satunya jenama makanan tempatan yang berjaya menembusi pasaran di situ, sekaligus membuktikan daya saingnya dalam industri makanan tempatan.

Sebagai tanda penghargaan kepada para penyokong, Adam akan mengeluarkan botol minuman (tumbler) edisi terhad dengan rekaan yang eksklusif dan hanya boleh dibeli pada hari tersebut sahaja.

“Ada 550 unit tumbler sahaja, dan tiada pre order.” Katanya.

1,000 pengunjung terawal juga akan diberikan Croffles And Shaved Ice secara percuma!

Sorotan utama dalam acara ini ialah para pengunjung akan berpeluang untuk bersua muka dengan usahawan yang semakin meningkat naik, iaitu pengasas Chunk & Dunk sendiri, Adam Shamil. Pastinya beliau akan mengongsikan perjalanan inspiratif beliau dalam mengusahakan syarikat manisan miliknya itu. Oleh itu, para pengunjung akan balik, bukan sahaja dengan Croffles And Shaved Ice percuma, botol minuman eksklusif, tetapi akan diisi dengan rahsia kejayaan Adam!

Mari hadir beramai-ramai, dapat manisan percuma, dapat jumpa Adam lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal