DBKL Tutup Tiga Pusat Kecantikan Tidak Berlesen, 17 Warga Asing Ditahan

KUALA LUMPUR: 26 September 2025 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup tiga pusat kecantikan di sekitar Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh selepas didapati beroperasi tanpa lesen dan dikendalikan warga asing.

Tindakan itu diambil hasil pemeriksaan menerusi operasi bersepadu yang dijalankan DBKL bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, operasi bersepadu itu menumpukan kepada premis perniagaan tanpa lesen dan premis yang terbabit dengan penyalahgunaan syarat lesen, termasuk premis yang dikendalikan warga asing.

Dalam operasi sama, JIM turut menjalankan pemeriksaan dan menahan seramai 17 warga asing atas pelbagai kesalahan.

Secara keseluruhan, sebanyak 17 kompaun dikeluarkan, manakala semua warga asing yang ditahan telah dibawa ke depoh tahanan untuk tindakan lanjut.

Sumber: Buletin Tv3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal