Kes Zara Qairina:  Lima Remaja Akan Didakwa Rabu Ini

KUALA LUMPUR: 18 Ogos 2025 – Lima remaja bawah umur akan didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, pada Rabu ini berhubung kes buli membabitkan pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, menjelaskan bahawa kesemua remaja berusia bawah 18 tahun itu akan dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes buli tersebut.

Tambah beliau pertuduhan yang akan dijalankan pada Rabu ini akan menekankan bahawa usia semua suspek masih di bawah umur, menjadikan mereka tertakluk kepada prosedur Mahkamah Kanak-kanak.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti kertas siasatan polis dan membuat keputusan menuduh individu terbabit berdasarkan bukti dan keterangan yang diperoleh semasa siasatan.

Menurut AGC, pertuduhan terhadap kesalahan buli tidak akan menjejaskan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang sedang berjalan di mahkamah.

AGC turut menegaskan bahawa siasatan polis mengenai kematian mangsa tetap diteruskan dan berjalan selari dengan prosiding inkues untuk memastikan semua aspek kes disiasat dengan teliti.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal