Tuesday, December 24, 2024

Minta elaun untuk galakkan penyertaan ramai askar wataniah

Rina ketika membahas Belanjawan Negeri Sabah 2023.

Nilam Raon

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri disyorkan untuk menyediakan peruntukan bagi membantu pembayaran elaun kepada askar wataniah di negeri ini seperti yang dilakukan di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kukusan, Rina Jainal berkata, peranan askar wataniah yang terdiri dalam penduduk tempatan penting sebagai barisan hadapan ketika khidmat mereka diperlukan.

“Difahamkan minat penduduk untuk terlibat dalam pasukan keselamatan berkenaan semakin berkurangan dan perkara ini seharusnya perlu diambil berat,” katanya membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2023 di sini.

Katanya, askar wataniah adalah aset simpanan kepada kerajaan negeri dan negara khususnya membabitkan aspek keselamatan negara serta membantu ketika berlaku pandemik, bencana alam dan menjayakan kempen derma darah ketika hospital memerlukannya.

“Saya sedar pasukan keselamatan ini di bawah pengurusan kerajaan persekutuan namun tidak salah jika kita turut sama memainkan peranan dalam menjaga kebajikan askar wataniah di Sabah menerusi pemberian elaun kerana mereka adalah anak watan, pengundi dan aset kepada Sabah,” katanya lagi.

Rina berkata, pemberian elaun kerajaan negeri itu kelak akan menarik lebih ramai orang untuk menyertai askar wataniah dan juga pasukan Rela pada masa akan datang.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights