137 Kes Baharu Covid-19 hari ini
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 137 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 17 kes berbanding kelmarin (154).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penurunan ini adalah disebabkan oleh kadar positiviti yang lebih rendah hari ini yakni 13.84 peratus berbanding 16.33 peratus semalam.
Jumlah sampel ujian ialah 990, tidak jauh berbeza dengan 943 sebelumnya, tambahnya.
Tiga daerah mencatatkan kes baharu dua angka iaitu Kota Kinabalu 54 kes (-8), Penampang 19 kes (-1) dan Lahad Datu 16 kes (-2).
“Sebanyak 12 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Daripada 137 kes yang direkodkan hari ini, 136 kes adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala satu kes dalam Kategori 5.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 54 (62)
Penampang 19 (20)
Lahad Datu 16 (18)
Putatan 9 (0)
Tuaran 8 (9)
Kuala Penyu 7 (0)
Kota Belud 5 (2)
Tawau 5 (8)
Kudat 4 (3)
Papar 3 (9)
Sandakan 3 (7)
Beluran 1 (0)
Kalabakan 1 (2)
Kota Marudu 1 (10)
Telupid 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (2)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Tenom 0 (2)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 27/11/2022)
Kluster Baharu
Tiada
0 Comments