Tuesday, December 24, 2024

Star Sabah sokong kerajaan perpaduan

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanahairku (STAR SABAH) akan menyokong pembentukan kerajaan perpaduan yang akan diputuskan.

Presiden parti Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan percaya, ini adalah jalan ke hadapan untuk kepentingan negara.

“Memandangkan kebuntuan politik yang dihadapi oleh negara dan mempertimbangkan saranan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, ini akan menjadi penyelesaian terbaik buat masa ini.

“Bagi kami di STAR SABAH, kami terbuka untuk menyokong kerajaan perpaduan,” katanya pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa untuk kerajaan perpaduan berfungsi dengan baik, ia mestilah inklusif dan mesti merangkumi kerajaan Sabah dan Sarawak yang dipilih.

Beliau berkata mekanisme kerajaan perpaduan mesti diwujudkan dengan jelas supaya ia berfungsi dengan berkesan.
Kitingan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, turut menegaskan bahawa kestabilan negara adalah yang terpenting.

“Negara perlu maju ke hadapan. Untuk berbuat demikian, kita mesti mempunyai kestabilan,” tambahnya.

Beliau berkata beliau akan menyampaikan pendirian parti kepada rakan GRS yang lain.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights