Shafie kekalkan kubu, Warisan menang Bugaya
Nilam Raon
SEMPORNA: Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kekal di kubu kuatnya kerusi Parlimen Semporna yang disandangnya sejak tahun 1995 dengan majoriti 20,810 undi.
Mohd Shafie meraih 28,702 undi menewaskan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Nixon Abd Habi (7,892 undi) dan dua lagi calon iaitu dari Pakatan Harapan (PH) Arastam Im Pandorog (1,848 undi) dan calon Pejuang Ab Rajik Ab Hamid (467 undi).
Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Juraimin Jadil di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Semporna dan Pilihan Raya Kecil DUN Bugaya di Dewan Masyarakat Semporna tepat jam 1 pagi Ahad.
Sementara itu Warisan turut mengekalkan kerusi DUN Bugaya sebagai kubu kuat apabila calonnya Jamil Hamzah yang memperoleh 11,382 undi majoriti 6,629 undi. Beliau menewaskan pencabar terdekat dari BN Abdul Aziz Mohd Ibno yang memperoleh 4,753 undi.
Di LAHAD DATU, Datuk Mohd Yusof Apdal diumumkan sebagai Ahli Parlimen dengan memperolehi sebanyak 27,116 undi selepas menewaskan Calon BN, Datin Maizatul Akmam Binti Haji Alawi (22,740) dan Calon Pakatan Harapan Sia Tu Hock ( 8,289).
Majoriti Undi adalah sebanyak 4,376 Undi.
Mohd Yusof Apdal ketika ditemui media menzahirkan rasa Syukur dan berterima kasih kepada semua pengundi yang percaya serta yakin terhadapnya.
– Tv Sabah News
0 Comments