Tuesday, December 24, 2024

Semua calon di Kalabakan ada peluang menang

Dr Amrullah Maraining

Nilam Raon

KALABAKAN: Semua calon bertanding di Parlimen Kalabakan mempunyai peluang untuk menang di kawasan itu, kata Penyelidik Borneo-Geo-Politics and Electoral Studies (GeoPES), Universiti Malaysia Sabah, Dr Amrullah Maraining.

Ini katanya disebabkan sehingga ini, masih tidak jelas calon parti mana yang menonjol kerana berlaku persaingan sengit antara UMNO-BN, Warisan dan Pakatan Harapan (PH).

“Masing-masing parti mempunyai kekuatan iaitu UMNO-BN dengan ‘track record’ yang jelas di peringkat nasional, Warisan dengan pengaruhnya sebagai pemegang kerusi pada PRU14 lalu masih kuat.

“PH dengan pengaruh mantan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abd Ghapur Salleh yang memegang kerusi itu selama lima penggal mempunyai kelebihan dari aspek akar umbi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dr Amrullah berkata, kemenangan calon di Parlimen kalabakan sebenarnya sangat bergantung dengan cara kempen setiap parti untuk menarik perhatian pengundi umur 18-20 dan 21-29 yang berjumlah 29,148 pemilih.

“Jumlah ini tentunya mampu memberi pengaruh yang besar dan mampu mengubah lanskap politik Kalabakan,” katanya.

Parlimen Kalabakan menghadapi persaingan lima penjuru iaitu Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Umno-BN), Ma’mun Sulaiman (Warisan), Noraini Abd Ghapur (PH), Nur Aini Abd Rahman (Pejuang) dan calon Bebas, Muhammad Dhiauddi N Hassan.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights