Tuesday, December 24, 2024

Pengundi Cina rasa terhina, kini pilih GRS di Penampang

Kenny Chua

PENAMPANG: Pengundi Cina yang masih menyokong pihak pembangkang kini akan mengubah sokongan mereka kepada calon GRS di Parlimen Penampang, selepas berasa terhina dengan kenyataan Presiden Parti Warisan kelmarin.

Calon GRS bagi kerusi Parlimen Penampang Kenny Chua menyelar kenyataan Presiden Parti Warisan yang mendakwa tidak ada ‘satu ekor’ pun menteri Cina berada dalam kabinet Kerajaan GRS.

“Kerajaan GRS mengiktiraf peranan komuniti Cina dan para pemimpin mereka. Yang penting bukannya jumlah tetapi kualiti,” katanya menafikan dakwaan Datuk Shafie Apdal itu dan berkata ada beberapa pemimpin dari komuniti Cina berada dalam kerajaan.

Satu daripadanya ialah bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Yong Teck Lee selaku ADUN yang dilantik.

Chua sendiri, yang berbangsa Sino-Kadazan adalah Pengerusi Sabah Air Aviation Sdn Bhd, sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Menurutnya, masyarakat Cina di Sabah sedar bahawa kebanyakan pemimpin politik yang mewakili mereka berada di pihak pembangkang.

“Hasil pergaulan saya dengan mereka semasa berkempen, saya diberitahu yang mereka mahukan pemimpin berbangsa Cina dari blok kerajaan yang boleh berkhidmat kepada mereka,” katanya.

Komuniti Cina di sini akan mengubah pilihan itu dan secara beramai-ramai akan memihak kepada kerajaan, lebih-lebih lagi selepas Shafie Apdal mengeluarkan kenyataan yang menghina mereka.

“Semasa saya berkempen, ramai penduduk dari komuniti Cina di Penampang, terutama di Kapayan meyakinkan saya yang mereka akan mengundi GRS.

“Mereka menggangap kenyataan Shafie sebagai satu penghinaan. Mereka rasa amat sakit hati yang tidak dapat diubati dengan sekadar permohonan maaf. Bagi mereka, ia menunjukkan persepsi salah Shafie terhadap masyarakat Cina di Sabah selama ini,” katanya.

Shafie, dalam satu ceramah mendakwa tidak ada satu pun menteri Cina di dalam kabinet kerajaan GRS sambil menggunakan perkataan “satu ekor” untuk merujuk mereka.

Menurutnya, masyarakat Cina di Sabah sedar bahawa kebanyakan pemimpin politik yang mewakili mereka berada di pihak pembangkang.

Dia juga berkata pada pilihan raya umum ke-15 yang akan diadakan pada Sabtu ini, pengundi Cina melihatnya sebagai satu peluang untuk menghantar seorang ahli parlimen Cina yang pro kerajaan.

“Jika dipilih, saya akan memberi yang terbaik kepada mereka,” kata Chua.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights