Tuesday, December 24, 2024

Lau rayu belia Sandakan pilih calon GRS

Lau berucap semasa Program Pentas Muda di gelanggang futsal berbumbung Kampung Sim Sim

SANDAKAN: Calon GRS Lau Chi Keong @ Thomas Lau merayu kepada belia di kawasan parlimen Sandakan untuk menyokong kerajaan dengan memilihnya dalam pilihan raya umum ke-15 pada Sabtu depan.

Katanya, beliau mengambil berat kebajikan belia dan mereka adalah antara keutamaannya dengan menyediakan pelbagai peluang kepada mereka untuk berjaya.

“Pembangunan belia penting dan disebabkan ini mereka akan diberi peluang untuk mereka berjaya dalam pelbagai bidang. Belia adalah pewaris kepimpinan pada masa hadapan,” katanya di Program Pentas Anak Muda di gelanggang futsal berbumbung, Kampung Sim-Sim, petang Jumaat.

Oleh itu beliau mahu memperkasakan belia dari masa ke masa termasuk memberikan mereka kemahiran dan pendidikan yang bermanfaat.

Katanya, isu-isu belia juga akan sentiasa dibawa ke parlimen bagi memastikan suara mereka terus didengar oleh pemimpin negara.

Lau menyeru agar belia bijak memilih pemimpin pada 19 November ini demi kesinambungan program pembangunan positif yang boleh mereka manfaatkan.

Program itu dihadiri kira-kira 200 belia dari komponen GRS, BN serta badan bukan kerajaan (NGO) di Sandakan.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights