Ekonomi Tawau merundum 5 tahun dengan pembangkang
Nilam Raon
TAWAU: Sepanjang tempoh lima tahun Pakatan Harapan (PH) menerajui Parlimen Tawau tidak ada kemajuan dan peningkatan ekonomi yang dapat dibanggakan daripada parti itu.
Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Lo Su Fui berkata, bukan sahaja bekas wakil rakyatnya sukar ditemui malah tidak ada sebarang pembangunan dan kemajuan di kawasan itu.
“Saya sendiri pertama kali dapat bertemu Datuk Christina pada hari penamaan calon dan saya dengar ramai pengundi di Parlimen itu mengeluh kerana susah untuk bertemu dengan bekas wakil rakyat itu,” katanya ketika ditemui media di sini.
Pada Pilihan Raya Umun Ke-15 (PRU15) Parlimen Tawau menyaksikan persaingan enam penjuru yang turut membabitkan Christina.
Dalam pada itu Lo, meminta pengundi di Parlimen Tawau memberinya tempoh lima tahun untuk membawa perubahan di kawasan itu.
Katanya, Tawau mempunyai potensi yang tinggi untuk menarik pelabur dalam dan luar negara kerana berdekatan kawasan sempadan.
“Beri saya lima tahun dan saya akan berusaha meningkatkan kemudahan prasarana dan menjadikan dari Tawau kecil kepada Tawau besar,” katanya lagi.
– Tv Sabah News
0 Comments