Tuesday, December 24, 2024

Ketua adat diminta sentiasa jaga etika

Roslan Draman.

Mohd Syukrie Johary

KOTA BELUD: Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung di daerah ini diingatkan sentiasa menjaga etika ketika menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dalam melaksanakan fungsi adat Mahkamah Anak Negeri (MAN).

Ketua Daerah Kota Belud Roslan Draman, pemimpin masyarakat terbabit dan diberi tugas mesti menunjukkan kewibawaan sebagai pemegang adat MAN yang boleh dipercayai dan dihormati masyarakat.

“Mereka wajar menunjukkan etika ketika menjalankan tugas dan bertanggungjawab supaya masyarakat akan percaya mereka sebagai pemimpin yang bijaksana dan adil ketika memberi keputusan berhubung masalah membabitkan adat.

“Ini kerana setiap keputusan yang mereka berikan boleh meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap kebolehan mereka sebagai penjaga adat,” katanya ketika mengetuai lawatan sambil belajar pemimpin masyarakat MAN Kota Belud ke Labuan.

Mereka terdiri daripada empat Ketua Anak Negeri, 11 Wakil Ketua Anak Negeri dan 58 Ketua Kampung dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, Kota Belud.

Rombongan berpeluang melawat tempat-tempat menarik dan membeli barangan di pusat beli belah pulau bebas cukai itu.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights