Maizatul minta sokongan wanita di Lahad Datu

LAHAD DATU: Datin Maizatul Akmam binti Alawi menyeru golongan wanita di daerah ini supaya memberikan sokongan kepada beliau dengan mengundi parti Barisan Nasional (BN).
Beliau menghargai komitmen para wanita yang menghadiri majlis itu dan menganggap mereka sebagai pendukung kuat parti di mana kehadiran mereka membantu menggenapkan kehadiran yang diperlukan.
“Pemilihan saya sebagai calon BN di Lahad Datu adalah satu penghormatan dan pengiktirafan kerajaan terhadap kaum wanita,” katanya di Majlis Dari Wanita Kepada Wanita yang diadakan di Pangsapuri Mutiara Kasih (PMK) di Jalan Tengah Nipah dekat sini pada Rabu.
Katanya, BN sentiasa memperkasakan golongan wanita kerana wanita adalah tunggak pembangunan negara.
Majlis adalah anjuran UMNO bahagian Lahad Datu yang dihadiri lebih 30 orang terdiri daripada ahli-ahli UMNO.
Turut hadir Siti Royani Binti Rafael Ketua Wanita Umno Bahagian, Ernawati Binti Rafael Ketua Puteri UMNO Bahagian dan Naimah Binti Abdul Ghafar selaku Penyelaras Wanita UMNO Tungku.
Sehubungan itu beliau menyeru semua pengundi di kawasan ini supaya memberi peluang kepada BN untuk menang dan menerajui kerajaan.
Katanya, jika BN menang dalam PRU-15 nanti, Bajet yang diumumkan oleh PM baru-baru ini akan dapat direalisasikan kerana bajet 2023 banyak memfokuskan hal-hal wanita, kanak-kanak dan keluarga.
Selepas majlis, Maizatul Akmam melawat Minang Jaji yang dilaporkan sakit akibat lumpuh. Puan Minang merupakan pejuang wanita UMNO sewaktu usia muda.
– Tv Sabah News
0 Comments