Tiga pesaing rebut kerusi Parlimen di Lahad Datu
Ryio Kenji
LAHAD DATU: Kawasan pengundian Parlimen Lahad Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan.
Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Sia Yu Hock, sementara itu Parti BN pula akan disaingi oleh Datin Maizatul Akmam Alawi dan Parti Warisan diwakili Datuk Mohamad Yusof Apdal yang merupakan nama besar dalam parti politik di Lahad Dattu.
Pegawai Pengurus PRU15 Lahad Datu, Firuz Idzualdeen@Bennety Mohd Dzul mengumumkan nama-nama calon yang bertanding tepat jam 11.00 pagi.
Beliau membuat pengumuman itu selepas berpuas hati dengan dengan kertas-kertas penamaan calon yang dikemukakan.
“Saya sudah menyemak kertas-kertas penamaan tersebut dan setelah selesai, saya berpuas hati dan tiada calon yang ditolak kertas penamaannya,” katanya di Dewan Perdana Lahad Datu, pada Sabtu.
Bagaimanapun Calon Pejuang yang dikenali sebagai Jani Kulmen telah menarik diri daripada pencalonan kerana beliau gagal hadir ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Perdana.
Beliau diganti oleh Basri Bin Muin Natal tetapi calon parti Pejuang itu tidak mempunyai watikah perlantikan daripada Parti Pejuang dan tidak mempunyai wang deposit menyebabkan beliau menarik diri untuk bertanding.
Pada PRU Ke-14 lalu, Datuk Mohamaddin Ketapi memenangi kerusi Parlimen Lahad Datu atas tiket parti Warisan dengan memperolehi undi sebanyak 23,352 dengan majoriti 6,401. Beliau menewaskan tiga seterunya masa itu iaitu BN, Harapan dan PAS.
Suasana penamaan Lahad Datu dalam keadaan terkawal dan tenang walaupun ad ura-ura mengatakan calon yang dikemukakan pada PRU-15 kali ini dikatakan calon daripada luar kawasan.
Penyokong Warisan datang lebih awal ke pusat penamaan calon dan ada penyokong dari Kunak sudah berkampung di kawasan dewan sebagai tanda sokongan kepada calon Warisan.
Penyokong BN dan Pakatan Harapan tidak ramai yang datang.
Sepanjang proses penamaan calon, penyokong Parti Warisan bersorak sambil melaungkan slogan ‘Sabah bangkit, Sabah Bangkit’.
0 Comments